Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Assalamualaikum semua.


Sekarang tengah busy dengan assignment yang kena submit before final exam. Perkara biasa bagi student u kan. hiks. Sibuk jugak lah sekarang ni sebab nak kejar due date -.- Dah nak habis sem ni memang banyak program, asyik meeting itu meeting ini. Hmm bila lah nak habis. Cepat lah masa berlalu.


Kebetulan tengah sibuk-sibuk dengan segala macam assignment, haritu wani dengan coursemate join satu program yang best. Best kata kauu.


Program ni lebih kepada talk. Kitaorang datang dengar ceramah berbentuk sukarelawan lah kiranya. Program ni berlangsung selama dua hari sabtu dan ahad (7-8 Disember) haritu bertempat di Auditorium Institut Sosial Malaysia.

Antara yang bagi talk kat kitaorang dengan peuh semangat. Walaupun beliau sebenarnya tiada penglihatan.


Rasa kagum bila yang berdiri kat depan tu semua orang-orang yang boleh dikatakan berjaya dan terlalu banyak pengalaman. Berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada, banyak yang mereka share, cerita dan macam-macam lagi. Tak kisah lah sama ada yang normal mahupun yang kurang normal. Kita semua sama je sebab manusia mana ada yang sempurna.

Dari program ni memang banyak input yang kitaorang dapat. Rugi lah siapa yang tak join. Benda dah la free, makan minum semua disediakan. Tempat best dan cantik. Terima kasih ISM anjurkan program macam ni. Lain kali boleh lah ajak kitaorang datang program macam ni lagi.




Dalam program ni yang terlibat hanya pelajar dari UKM bawah Pusat Psikologi dan Pembangunan Manusia termasuk lah yang course psikologi dan kerja sosial bersama pelajar dari Pusrawi International College of Madical Sciences (PICOM). Nak kata ramai tu memang tak lah. Tapi dah cukup untuk memeriahkan satu auditorium kat sana. heee.


Program yang sangat bermanfaat bagi wani. Mana nak dapat ilmu macam ni free je kan. Jangan lah tolak rezeki di depan mata. Selagi boleh, join je mana-mana program yang bagi kita tambah pengetahuan.

Dari benda yang wani tak tahu, wani jadi tahu. Contoh macam penyakit autisme. Tak semua orang tahu apa benda autisme tu sebenarnya. Macam wani sendiri, pernah dengar autisme autisme tapi apa benda pun tak tahu T-T sedih betul. Rasa jauh tertinggal dengan kawan-kawan yang lain. Ambik kerja sosial tapi autisme pun tak tahu. Kfine.


Lepas join je program sukarelawan ni jadi banyak benda yang tahu. hee. Baru lah sedar yang banyak lagi maklumat dan perkara kita tak tahu. At least kita boleh share yang kita tahu tu dengan orang lain. Walaupun sikit tapi berguna.



Till then adios =)
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum semua :)


Dulu-dulu kalau nak pergi program ilmu/talk yang gempak dan best memang susah.
Yelah kita duduk kat kampung je lepas tu nak tahu benda-benda macam ni memang susah tau sebab payahnya nak dapatkan internet yang free. Bila internet kat rumah dah tersedia ada pulak kena fikir jauhnya tempat tu, macam mana nak pergi kan. Hidup ni tak semudah yang kita fikirkan. Masuk U lah baru merasa semua ni >.<

Zaman sekarang teknologi semua dah canggih. Buka Facebook, buka twitter, buka instagram, buka blog, semuanya kita akan tahu dengan mudah. Lagi-lagi dengan smartphone yang ada kat tangan tu.News tu akan tersebar dengan cepat tak sampai sesaat dua.
Tipu lah kalau kata kita tak tahu apa-apa melalui laman sosial camni kan, even cerita Villa Nabila pun tak sampai 5 minit dah jadi trending kat twitter. haha.


Okay back to the topic, 
Wani kat sini nak ajak korang semua join program yang kitaorang anjurkan.
Program ilmu yang tak seberapa ni tetapi banyak manfaat yang kita boleh dapat. InsyaAllah.




Jom lah ramai-ramai kita pergi program ni. Rasanya macam bukan senang tau nak dapat harga tiket serendah RM15 untuk student dan hanya RM20 bagi orang awam selain student. 

JOM!
Jangan lepaskan peluang untuk mendapat seberapa banyak ilmu. InsyaAllah ianya akan memberi manfaat walaupun tak banyak mesti akan ada sikit. Rugi kalau tak nak join.


Ajaklah ahli keluarga mahupun kawan-kawan anda.
Sama-sama kita dapatkan ilmu ni =D
Jika korang berminat boleh lah contact nombor/email pada maklumat yang telah tertera di atas.


Till then.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum semua.



Bulan november adalah bulan kasih sayang. awww mengada tau nak sayang-sayang camni. haha.
Okay cukup. Sebenarnya wani baru lepas habis mid semester break. Seminggu. Takkan pernah cukup bagiku. wiwiwiwi.


Dengan berakhirnya cuti seminggu tu maka bermula lah episod baru. Wahh feeling drama sangat kannn. haha. Okay, jadual final exam dah keluar. 6 paper je, 6 paper je tapi kemain lah dalam jadual ada 3 minggu untuk exam dan dalam seminggu hanya ada 2 paper sahaja. Memang wani tak pernah boleh balik awal rehat cuti kat rumah. K faham sebagai student, haruslah ada sikap redha dan pasrah :) hiks


Assignment dah beratur.
Report itu ini dah mula menampakkan tarikh akhirnya.
Test yang tak pernah nak habis bakal menutupkan tirainya sekejap lagi.
What else?

Sekarang tengah bertungkus lumus siapkan kerja semua, dah boleh mula belajar sikit-sikit apa yang patut. Sem ni harapnya naik lah sikit pointer tu, sikit pun takpe. Usaha yang penting.


Makin banyak dah fikir tentang masa depan, masa depan yang tak pasti sama ada cerah atau pun tak. InsyaAllah doa yang terbaik. Wani pun manusia biasa. Kena fikir apa yang patut untuk diri sendiri. Yelah, umur makin meningkat maka makin dewasa kan? 20 tu dah besar kan? Boleh kahwin kan? eh? :D
Dengar pengalaman orang lain, dengar lecturer cerita, nampak lah sikit-sikit mana nak tuju. Sikit. Belum nampak semua lagi. hee. Pilihan banyak tapi tak tahu which one yang suits untuk wani. Hmm I just don't know where to go after this. *terdampar sekejap*

Bidang social work ni sebenarnya bukan senang, totally it is so hard. 
It's okay, ikut je flow macam sekarang. Get ready untuk sibuk siapkan semua kerja okay.


Wani pun masih dikelilingi mereka yang selalu ambil berat, sampai rasa berkilo-kilo berat ni naik. haha. Masih bahagia bersama tersayang. eh? Okay cukup. Ramai yang bagi nasihat, mak ayah kawan lecturer dan lain-lain jugak. Siapa lah saya tanpa awak semua. Terima kasih.



Till then :)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan hai semua. 


Hampir sebulan hilang macam tu je tanpa sengaja. Mungkin kerana kesibukan menjadi seorang pelajar. -.- Ye wani harus sedar banyak benda dalam hidup ni yang perlu dilakukan. Ahhh skema ayat tu, sangat!


Haritu masa memula masuk sem baru, dah banyak meeting yang kena attended. Penat lah jugak sebab dah jadi ahkak senior kannn. hiks. Penat jugak beranikan diri balik kolej dari fak sorang-sorang jalan malam. Tu kira paling berani lah tu sebab sorang-sorang je tau. Nasib baik iman wani ni masih kuat, yelahhh kat UKM ni macam-macam dan pelbagai bentuk jenayah ada. ehh tercakap pulak. haha.

Banyak aktiviti wani join, pegang jawatan itu ini, ohhh bukan wani ni gila kuasa tapi orang dah pilih nak buat macam mana. Kita pun terima dengan hati terbuka. ihihi *gelak sopan*.
You know what, pegang satu jawatan yang bukan lah tinggi mana tapi kerja melambak-lambak macam pegang jawatan presiden pulak. T-T k takpe kita buat kerja kena ikhlas tahu tak.



Haritu kitaorang kena handle untuk hari interaksi bersama pelajar tahun satu anjuran kelab Pemadam. Penat. Serious. Macam mana tak penat, lagi seminggu nak buat program seminggu tu jugak baru fikir baru plan apa nak buat semua. Wani paling kabut lah sebab pegang jawatan ketua program. Takde pengalaman, sakit kepala toksah cerita lah kan. sobsob


Lepas tu meeting lah paling banyak kena pergi. Join OPKIM kat Johor lagi, join program kolej lain lagi, sekarang pulak tengah busy meniaga. Ada tak ciri ciri businesswoman? haha.
Sekarang tengah ada pesta konvo kat UKM, so PEMADAM pun join berniaga so wani kena lah on duty. Wuuuu rajin kan? *tumbuk pipi*.

Takpe, mana nak dapat pengalaman macam tu kan. Well ada jugak orang yang tak berapa reti nak melibatkan diri dengan program camni so memang rugi. Masa jadi student ni lah kita kena belajar selok belok, cari experience banyak-banyak. Oho semakin pandai wani ye. D: Tu belum cakap pasal fieldwork lagi, assignment lagi, kuiz lagiiii. Oh noooo!


In real life, baru lah sedar bukan senang hidup ni.
Rasa sendiri betapa sukarnya nak menjadi dewasa kini.

Okay harap cukup sekadar ini saja. haha.
Till then adioss =)
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum semua.


Rasa macam dah berminggu jugak lah tak menaip. -.- Tahap kemalasan tu memang tak dapat nak bendung, lagi-lagi bila dah mula sem baru and tahun pengajian yang baru. Ahkak senior dah sekarang ni kan. hiks


Ceritanya camni, sebab wani memang jakun sangat dapat pergi jauh buat fieldwork. haha jakun sangattt. Kebetulan kelas hubungan etnik lecturer mintak buat kajian luar dari UKM ni. Makanya wani pun jadi excited sangat dan sangat. Iye lah, orang macam wani yang belajar jejauh tak dapat so dapat buat fieldwork kat luar dari selangor pun kira terlebih baik dah tu. Ingat, peluang tu datang bukan dua tiga kali, tapi hanya sekali. :D

Benda ni buat dalam group, jadi tak susah lah nak fikir sangat nak buat kajian apa dan kat mana. Well, dalam group wani tu pun wani sorang je dari selangor. -.- terasa diri ni kecik sangat. *lap air mata


Mula-mula plan nak pergi Kuala Lipis. wuuuuu tempat dato' siti kau tahuuuu. Ni buat wani gila tak sabar melompat-lompat dalam kelas. kekeke. Lepas dah berapa hari discuss tu tetiba plan pergi Kuala Lipis tak jadi sebab nak jimat kos, tukar pulak pergi Bentong. As long as keluar dari selangor negeri tumpah darahku, wani setuju jee. :p Nampak dah keterujaan kan? Lagipun akak sorang ni memang duduk sana dan berkawan dengan orang asli. Ohhh lupa nak cakap, kitaorang buat kajian tentang permodenan sekarang ni pengaruh masyarakat orang asli. So kerja tak susah mana pun sebab akak sorang ni boleh masuk kampung orang asli.


Pengalaman pergi ke negeri orang dan tempat orang tanpa jagaan mak ayah. Kiranya ni kali pertama naik bas pergi jalan jauh. *cough* Seriously bila umur menginjak 20 baru merasa macam mana naik bas, bayar tiket bas sendiri dan jalan jauh. Experience yang takkan lupa okayyy.


 
masa ni kitaorang baru sampai stesen bas Bentong sambil tunggu orang datang ambik.
 

ehh korang nampak tak apa wani nampak? tuuu atas bukit sana tu ade Genting. wuuu nasib baik kaki tak panjang nak gi sana. kahkah

Sebelum pergi rumah kak zue, singgah pasaraya kejap beli ayam ikan dia nak masak. so masa ni lah dapat tengok genting dengan cameron highlands dari jauh. Walaupun jauh, kira nampak jugak lah. Kagum 10 saat tau.

 
 Kami kat luar setia menunggu. hahaha

Lepas dah singgah pasaraya tu, baru gerak pergi rumah kak zue. Kawasan rumah kak zue kawasan Felda jadi memang ambik masa lama nak masuk sana. Adalah dekat setengah jam jugak. Okay yang ni pun kira first time ever masuk felda. That's why wani suka pergi tempat orang, masa tu wani baru tahu macam mana cara hidup orang lain kann. Wani teringin nak travel, like seriously memang nak sangat. Lepas kahwin nanti wani heret laki wani sekali travel and no excuse. Korea dan jepun dalam wish list k encik bakal suami. muahaha.

Sampai rumah kak zue, bungkus buah tangan sikit nak bagi kat Tok Batin nanti. Gigih masing-masing sebab tak sabar nak masuk kawasan kampung orang asli. Makan bihun sikit lepas tu terus gerak pergi kampung orang asli. Kitaorang sebenarnya nak kejar masa balik sebab bas akhir dari Bentong pergi KL pukul 5.15. Sampai rumah kak zue dah pukul 12.30 camtuu makanya kena cecepat sikit lah.

Nak masuk kawasan orang asli ni pun kena masuk dalam sikit. Jiwa kena kental nak tunggu sampai, sebab wani dah siap nak terlentok dalam kereta. Haishhh memang iols ni kuat tidur agaknyaaa -.-

 

 

yang berdiri tengah lelaki tu, jkkk kampung. Tok Batin takde sebab meeting jadi beliau lah yang ganti.


Ni anak-anak orang asli. Masa nak datang dekat dorang ni, dorang lari. Mungkin tak biasa kot ada orang datang. Nasib baik ada sorang budak ni okay sangat tengah duduk atas pokok senyum-senyum je. Siap masa nak ambik gambar tahu nak senyum buat peace. Comelnyaaaa. Anak orang asli kat sini semuanya takde yang tak pergi sekolah tau. Tengok lah, sekarang negara dah makin maju jadi takde siapa pun yang tertinggal untuk sekolah siap ada dah dua tiga orang yang masuk universiti. Jangan pandang rendah dengan masyarakat ni k.



Kalau nak diikutkan banyak lagi gambar nak share sebenarnya, tapi tak mampu nak tunggu lama-lama upload. heee. Well, masyarakat orang asli kat sini memang dah moden pun. Ada astro ada kereta ada motor dan kat kampung pun ada wifi tau. Lengkap! Kalau dengar cerita dari jkkk kampung dengan anak beliau tu memang lagi seronok sebenarnya. Kitaorang pun dapat dah apa yang kitaorang nakkan. Datang tengok dan bertanya. Mereka ada budaya mereka, kita ada budaya kita. Cuma masyarakat orang asli ni mereka ada benda yang mereka nakkan dari dulu lagi, hak mereka sendiri. 

Bak kata jkkk tu, 57 tahun dah merdeka tapi hak mereka, mereka belum dapat sampai harini. Harapnya ada orang yang ambik berat lah. 


 Dah habis kerja kitaorang, balik lah rumah kak zue nak makan tengahari. Makan tengahari kitaorang pukul 3 lebih camtu, tengahari sangat kan? ahak. Plan awal tak nak susahkan abang dengan ayah kak zue hantar kat stesen bas Bentong tu, jauh kot. Tapi sebab macam dah lewat lepas tu ahkak ahkak wani ni sibuk nak makan pauh dalam bahasa melayunya buah pelam/mangga kecik tu, maka terpaksa mintak hantar jugak. 

dengan keterujaan kak anis yang sangat melampau dapat makan kicap dan budu. haha

 gigih wani tolong kupas kulit untuk kak Fathiah. haha 

Habis makang makang, siap solat asar semua, gerak balik. Badan penat, dalam kereta dok menahan tak nak tidur sebab takut tak dapat naik bas balik KL. hihi. Kita seronok sangat. Terima kasih kak zue bawak datang rumah. Bye Bentong, jumpa lagi :D



Till then adiosss.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum semua :)


Naik pangkat jadi hakak pelajar tahun dua.


Bilik yang sama, roomate yang sama. Siapa yang tak suka?
Well sebab roomate kita baik gilaaa, caring gilaaa, jadi kita pun suka gilaaa dengan dia. ekekeke. sebab tu suka sampai tak terkata dengan sem baru ni. Yay!


Mula-mula sebelum sampai sini memang terfikir yang wani dapat bilik baru duduk sorang je. well dengar dari mulut orang lain macam tu lah jadinya. Orang lain pun asyik tweet sana sini pasal duduk single, jadi wani terpengaruh. Bukan sikit tapi banyak.

Tapi entah kenapa bila sampai UKM ni wani jadi macam pasrah je dapat single. Kohnon nak merasa duduk sendiri gituuu. Konon je. Ratio dapat bilik double hanya 1:5. hahaha. Excited pergi daftar masuk nak ambik kunci. Tengok senarai nama, bilik yang sama! Macam kecewa sikit sebab sebelum pergi dah boleh terima kalau duduk single. Tapi wani tetap dapat bilik yang sama, roomate yang sama. Tang roomate sama tu yang lega sikit. :)


Penat gak mengemas beg baju segala, kalau boleh almari baju kat rumah tu nak bawak terus kann. Perempuan memang camtu tau. Selagi boleh semua benda nak bawak. Ni kira dah limit gak lah dari sebelum sebelum ni.


Cakap pasal duduk single, tadi wani dah pergi tengok sesapa yang duduk single. Pehhhh seram weh. maklumlah i ni penakut sikit, tinggal dalam bilik sorang kejap pun fikir macam-macam -.-'
Setakat ni kawan yang duduk single tu takut sikit. Perempuan kann. ehek. Kira bersyukur lah dapat bilik yang sama dan ada roomate. Kesian jugak yang tak biasa duduk sorang sampai homesick pulak tu.

Esok i dah start kelas. Tak tahu lah betul ada kelas atau tak sebab lecturer tak kata apa. Tak sabar nak jumpa coursemate pulak. teheeee. Mesti akak akak dah rindu kita sangat. awwwww sweet nya kan.


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum.


Hello September :)


Bulan Syawal dah nak habis.
Cepatnya masa berlalu sampai sedar tak sedar dah nak balik UKM balik. wuuuu kena bukak buku, hidup sebagai student lagi, makan tak tentu masa, basuh baju sendiri, tv tolak ketepi and etc.


Adik-adik baru dah daftar masuk u dah, sekarang ni tengah sibuk orientasi lah kann. ahaha. hakak ni dulu dah merasa dah, kalau tak penat tak cukup tidur tu bukan orientasi ye adik-adik. Semua tu kira adat lah kalau masuk tempat baru macam masuk asrama, matrik, and sekarang universiti. Haaaa dah sampai dah menara gading. Tahniah! :D


Well wani tengah menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal kurang seminggu je. Dah kemas sikit-sikit baju nak bawak balik. Awwww excited iollss. ekekeke
Hakak lah katakan, dah naik pangkat sikit jadi pelajar tahun dua.


Tak banyak hari yang tinggal, so tak boleh sia-siakan cuti yang ada.
Sehabis boleh tolong mak, sehabis boleh nak tidur lama-lama, sehabis boleh nak tengok tv, sehabis boleh nak spend time dengan family. Cuti dua bulan takkan pernah cukup tau, tapi bila dah lama-lama rasa macam boring pulak tak buat apa-apa. Wani pun takde ambik short sem jadi kesimpulannya dah memang naik tepu ni tak buat apa-apa.

Makin membesar lagi ada -.- kikiki


So selamat berkemas untuk yang akan kembali ke u masing-masing.


Till then.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum semua =)


Sejak sekolah rendah memang dah dapat rasa/tahu yang wani memang lebih ke arah atau lebih suka suka dan sukakan pengiraan. Otak kita memang tak boleh terima tentang fakta mahupun sejarah apetah lagi kerja-kerja menghafal. Sebab tu lah masa sekolah rendah agama dulu subjek hafazan selalu tak dapat mumtaz. agaknya lah. heks. Camne nak dapat mumtaz kalau hafal pun main-main kannn. :p ustaz suruh hafal surah lain, surah al fatihah yang kau hafal. Nangis weh nangis.


Sebab kita dah mind set dalam minda/fikiran/otak, jadi kita memang takkan suka atau memang menyampah gila dengan benda tu. Serius tak tipu tau. Cuba kan korang ni memang handal tahap genius pasal sejarah sampai tak payah bukak buku balik masa belajar, lepas tu boleh jawab terus bila cikgu tanya dalam kelas. Subjek math tu korang pandang tak bermata mata pun. Siap kata, 'apa benda tah nak pening kepala kira nak kena kuasa kuasa.' Camtu lah wani rasa sebab wani cinta mati bagai nak rak dengan math. Mind set dah takde hati weh dengan hafal menghafal. Kekdahnya belajar sejarah ni, menci tahu menci =..=


Orang dah kata, jangan benci sangat sebab nanti itu yang kita dapat. tssk T-T kata lagi benci, kata lagi tak suka, kan dah dapat. Menangis ah jugak dulu mula-mula nak berbaik dengan fakta dengan segala hafalan kat dunia ni. Hamboi sampai ke dunia kau. *angkat kening* kenapa dapat ni? apa takde benda lain ke dia nak bagi? tssk tssk sambil lap air mata.


Yup, wani student account masa matrik dan kenapa masuk u tetiba course lain? Result wani bukan tak bagus, bagus lah jugak tapi tak sebagus yang dapat 4 rata tuu. hek. That's why wani tak dapat course tuu. Kalau nak tahu kerja sosial ni pun course sekadar, 'kalau aku tak dapat pegang duit, aku nak berjasa kat masyarakat.' Masa ni cakap kosong dalam hati kohnon kohnon jee but at last dapat. Tipu lah kalau tak rasa kecewa walau sikit pun, sikit pun jadi lah kan orang kata. Padahal siap nangis tutup muka dengan bantal lagi.


Semua orang tertanya-tanya kenapa tetiba dapat course kerja sosial. Apa benda kerja sosial tu? Serious talk, sesapa tanya lepas tu wani jawab mesti lah mesti berkerut muka. Dalam hati Allah je tahu sebab rasa tangan ringan kemain nak menampar orang. Memula tu bila orang dok kerut kerut ape kejadahnya kerja sosial tu wani? Ku rasa bagai kena hempap dengan tiang letrik tapi jalan.


Setahun belajar, setahun dah cukup buat wani tahu kenapa Allah bagi wani semua ni. I love social work too much to the max. haaa hambik kau sampai much much max max gituuu. hahaha. Kelebihan mengira memegang kalkulator menghafal sifir dan minat over kat math tu bukan kelebihan untuk wani sambung study dalam bidang tu jugak. Nope! well, semua orang ada kelebihan yang dia tak nampak sampai satu masa dia tersedar dan bukak mata luas-luas selaus laut. eh? Kelebihan bercakap dengan orang lain, kelebihan mudah mesra dengan sesiapa, kelebihan suka membantu, kelebihan sukakan kerja-kerja suka dan rela, wani baru nampak dan wani baru sedar wani sukakan sesuatu yang baru. Belajar something new buat kita rasa ada lagi banyak cabaran nak tempuh. Sebab tu wani dalam bidang kerja sosial sekarang.

Dari bawah pelan pelan wani belajar, walaupun wani tahu wani ni lambat tahap tak boleh blah kalau menghafal atau fahamkan fakta. Wani akan 'eh kenapa dia buat teori macam ni? kenapa pulak budak budak camni?' kenapa dan kenapa sampai wani dapat jawapan tu sendiri. Kalau wani belajar akaun/bisnes sampai la ni, wani takkan tahu apa benda teori apa benda tokoh-tokoh, wani takkan tahu macam mana nak dekat dengan orang, wani takkan tahu kita manusia ni ada stage dalam kehidupan kita, banyak lagi yang wani takkan tahu.


Ada hikmah kenapa kita dapat, kenapa kita kena belajar.
Kita tahu mana lebihnya kita dan mana kurangnya kita, sama jugak dengan wani. Jujur wani pun tak berapa tahu apa benda kerja sosial sebelum masuk u, masa isi borang UPU pun banyak google je pasal kerja sosial ni tau. Apetah lagi nak cakap pasal minat. Minat pun takde, wani belajar dari bawah, bertatih, merangkak dan lama lama boleh la wani jalan sikit sikit. =)

Sebab tu bila kita belajar sesuatu, mesti kita dapat sesuatu jugak walaupun sikit. Come on lah, takkan belajar sains kau tak tahu apa benda endocrine system, paling cikai pun takkan tak tahu apa benda H2O tu kan?


Lepas ni orang pertikaikan pulak mana nak pergi lepas habis belajar? Tak pun, nak buat apa lepas habis belajar kerja sosial tu? Tunggu lah lepas habis belajar nanti, insyaAllah ada kerja walaupun ada lah haritu telinga ni menadah kejap orang kata ambik social work nanti kerja pun benda lain gak. Ada dua tahun lagi, dua tahun tu banyak yang akan wani belajar. Sabar k sabar.


Mungkin ada jugak yang menanya apa kejadahnya kerja sosial tu, nak kena cakap kat goverment mintak buat kempen kerja sosial ah cenggini kann. ekekeke.

Terima kasih sudi baca, till then adioss :D
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum semua.


Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya. hiks.
Kita memang camni, orang awal awal dah ucap kita baru nak merangkak-rangkak menaip kann. Nak kata busy tu tak jugak sebab tengah habiskan sisa-sisa cuti yang berbaki 3 minggu lagi. Mungkin kekangan masa yang kejap baik kejap tak baik, mungkin jugak sebab jarang membuka laptop. teheeee :D




Sempena raya kali ini, wani nak mintak maaf kalau ada salah silap dalam berkata-kata. Dahku ini hanya manusia biasa yang selalu buat silap cakap lepas. heks. Hari baik bulan pun baik, apa kata kita saling bermaafan kan? 


Raya tahun ni pun biasa biasa je macam tahun-tahun yang lepas, cuma ada sikit rasa sedih gak lah bila arwah wan wanie dah takde. tssk. Sepupu-sepupu semua pun dah makin besar dah makin dewasa, nak main bunga api memalam raya sama-sama memang takde feeling sangat dah. Baru la wani perasan bila kita dah makin meningkat dewasa ni kan, makin kita rasa biasa je sebenarnya sambut raya. Kalau tak, wani lah paling beria nak kutip duit raya -.- ampun ya bapak ibu. Tiada kampung untuk dituju kerana atuk belah ayah dengan nenek belah mak dah satu kampung. Senang lah jugak tak payah fikir nak balik kampung mana bila raya. kehkeh


Sekali lagi wani mintak maaf sempena bulan baik ni. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna yee. Selamat Hari Raya semua (:



Till then adioss.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan hi :)


Rasanya macam tak terlambat lagi kan nak ucapkan selamat berpuasa kat semua orang. heee.

Macam terlambat sikit dari orang lain T-T
Biasa lah duduk rumah bercuti panjang macam tak hengat dunia, semua benda yang selalu kita buat pun kita jadi malas nak buat. Tahun ni merasa lah puasa sebulan kat rumah. Tak macam tahun-tahun yang lepas puasa kat matrik, lepas tu kerja lagi. So this year memang cuti semester yang takde buat apa-apa duduk rumah dah serupa macam jadi surirumah sepenuh masa. gituuuu :D


Well, rumah sekarang dah makin sunyi sebab adik wani yang sorang tu sambung belajar kat IKBN Alor Gajah. Berlima je lah kami berbuka dan bersahur tahun ni. Mak paling terasa sebab anak lelaki yang sorang tu belum pernah berjauh dari mak. haha so paling tak pun mesti mak kata, 'teringat wawan kat sana tu buka puasa makan apa.'

 
Dah 8 Ramadhan, semoga kita banyak buat kebaikan dalam bulan mulia ni. InsyaAllah.


Till then adiosss.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum semua and hi.


Dah seminggu dua hari wanie duduk rumah. Yup, cuti semester dah mula. Mungkin student lain sama u dengan wanie ada yang dah 2 minggu cuti enjoy gelak ketawa siap dapat duduk depan tv tengok 'sebenarnya saya isteri dia'. wah wah, suka yee.


Alhamdulillah, wanie dah habis semester 2 untuk tahun satu ni. Ada lah rasa macam terlebih over excited jugak sebab pejam celik tutup mata bukak mata, dah setahun dah belajar kat u. Rasa macam baru semalam ambik keputusan SPM lepas tu lompat lompat suka kan. hekhek. Tak kisah lah ape pun, yang penting dahku gembira sebab final exam yang tunggang langgang tu dah habis. :)

dahku merindui katil kat kolej. hahah

Ceritanya final haritu agak stress sebab wanie ade gap dua minggu sebelum last paper hokayy. Rasa tension yang amat sangat hokayy. Hanya Allah je tahu camne wanie jadi penyabar, melayan drama korea yang tak pernah habis, marathon running man yang lama-lama punya, dan menghabiskan sisa hidup kat Bangi semampu yang boleh. hiks. 


Roomate dahku meninggalkan dahku sehari sebelum dahku pulang. choi. Tinggal lah wanie sorang kat bilik macam orang tak betul padahal dalam hati kata seram duduk sorang dalam bilik. Pulak tu kolej amin tu dekat dengan hutan. Nampak tak kat situ betapa penakutnya wanie? -.-'' hailaaa. Dengar cerita sem depan kitaorang dah start tinggal bilik yang sorang-sorang tu. tssk. T-T ai tak biasa tidur malam-malam takde teman nak cakap nak borak nak gossip sebelum tidur. 

ni rupa bilik sebelum balik bercuti selama 2 bulan. Memang tak rajin nak kemas awal-awal. kihkih


Lepas tu esok pagi bangun awal kemas untuk kali terakhir. Takde lah banyak mana barang kita bawak balik. hihi. Yay, dah cuti dapat duduk rumah dapat tengok tv dapat tengok episod akhir SSID, dapat makan mak masak. :) untung tau cuti lama-lama camni. Tapi tu lah, dalam masa yang sama dahku turut membiakkan lemak di badan. muahahaha.
Happy Holiday!


Till then, adioss.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum semua and hi :)



Bulan 6 dah masuk, maka study week pun dah bermula. 
Macam biasa, study week asyik terperap kat dalam bilik je kecuali nak beli makanan atau pergi toilet. hiks. As usual, wanie tak pernah lagi belajar kat library masa study week. You know, ai tak suka belajar dalam suasana sunyi sepi sampai ai nak kena bisik-bisik masa cakap. haha. sebab tu ai belum dapat dean list lagi. -.- hmmm maybe.


Next week wanie dah pun start exam yooo. Berderet dari isnin sampai khamis ( 10,11,12,13/6 ). Cerita tarikh exam pulak, ada satu paper tersesat pergi tarikh 27/6. Huwaaaaaa. Gap lama kot. Orang lain habis awal dah boleh siap keluar enjoy dah dengan kawan, yang wanie ni? Still mengadap buku nota segala bagai.


Study pun masih lintang pukang. Sem ni terasa berat sikit bila kena belajar math balik. 
tssk. ai dah lama dah tinggalkan zaman kegemilangan cerdik pandai ai pasal mathematics. Apehal pulak kena belajar math balik pun ai tak tahu. -.- Dah jatuh hati dah kat teori, kat fakta, pastu nak kena belajar statistik. Pulakkk. Mula tu agak stress sebab wanie dah lupa apa yang diajar kat matriks dulu, sampai menangis wehh. Lama-lama tu boleh lah terima. Dalam kelas pun bila lecturer kata, 'sisihan piawai', wanie kat belakang kata, 'standard deviation'. pehhh, saja nak tunjuk hebat. 

Agak terduga jugak sebab UKM sangat memartabatkan Bahasa Melayu. 
so bila statistik belajar dalam BM, semua jadi tak tentu arah especially wanie. Mungkin jugak sebab kat matriks dulu dah belajar dalam BI, lepas tu kat sini sampai tergeliat lidah nak sebut dalam BM. LOL. haha. Bertambah tertekan bila nota yang lecturer bagi dalam BM, buku pulak BI. Wanie jadi pening sampai lari dari bab. hek.


Wish me luck. and for those yang akan ambik exam jugak. Wish us all the best  :D
Selamat belajar!



Till then adiosss.


Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Assalamualaikum and hi.


Haritu punya dinner kolej wanie kena bertugas sebagai jawatankuasa. Tak dapat nak cantik-cantik lepas tu tak sempat nak tukar baju ikut tema pun. tsssk. sadis. Banyak nau kerja sampai diri sendiri terpaksa pakai baju yang sama dalam satu hari iaitu tshirt lengan panjang dan berseluar jeans sahaja. huwaaa T-T


Di atas kesempatan dinner course yang third year student (senior) buat dan ajakan dari coursemate secara paksa rela, wanie dapat makan malam yang sedap-sedap dengan pakaian yang walaupun nampak biasa tapi selesa dan suasana yang meriah seperti wanie yang diraikan. kehkeh.


agak menarik bila bukak tengok macam ni ha makanan dia. waaaaa, dah siap-siap kosongkan perut semata untuk dinner. ihiks

kami wakil tahun satu untuk datang dinner. :)

First time ever rasa dapat pergi dinner yang betul-betul sebab sebelum ni ada dinner je kena buat kerja. Alhamdulillah. Suasana yang seronok meriah dan pelbagai macam ragam. Semua makanan pun sangat sedap. Lepas ni kalau organize dinner pulak boleh lah ambik katering tu sebab sangat puas hati. Nak makan banyak kali pun boleh. Wani paling banyak makan, mungkin -.- Sebab lepas makan nasi, makan tomyam, lepas tu makan buah, lepas tu desert dia. pehhh, sodap lak ai. Terasa nak makan untuk esok sekali. Perut oh perut.


Masa makan-makan tu ada lah jugak yang buat persembahan. Tahun satu dua dan tiga kena ada wakil pergi depan menyanyi. Part paling tak tahan, kita datang dinner lepas tu kita jugak buat persembahan. haha. Berkaroeke lah kita ye dak? As long as nyanyi bersama-sama, itu tidak mengapa. Pilihan lagu pertama budak-budak ni lagu jiwang. tssk. Wanie tak layan lagu jiwang sangat lepas tu pulak lagu lama, so memang takat berdiri tepi lepas tu senyum tersengih je. Lagu kedua disebabkan lagu najwa latif  Carta Hati yang popular tu, so wanie menyanyi macam tak hengat. LOL. 

Marilah menyanyi. spot me ! kehkeh


Upacara perasmian oleh Ketua program kerja sosal, Dr Suhaimi atau lebih dikenali dengan Dr Sam.


i am who i am. comel tak kak ton? kahkah

Dinner yang superb. LOL. Happy happy me ! Terima kasih akak abang yang buat dinner ni jadi dinner paling best walaupun persembahan semua secara spontan and ada jugak yang request nak buat gyomi. haha. Makan sedap, suasana meriah, tempat selesa. What else? Everything is completed. Jangan nak demand sangat ehh. ngeee. Lepas ni dinner mana pulak nak pergi? haha.

ni paling drama. haha. motif sangat perangai tu wanie. -.-


till then adioss.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum and hi.

Entry paling lambat nak tekan publish dan paling basi. tssk T-T


Alhamdulillah program yang dirancang telah pun berlangsung dengan jayanya :)

Banyak benda yang kitaorang terpaksa hadapi and diberi dugaan ujian yang agak tinggi tahapnya. tssk T-T still rasa seronok tu ada walaupun ada banyak masalah. Kecoh kelam kabut dan banyak lagi. Tapi takpe sebab ni lah first time kitaorang handle and organize program. Make it easy and chill.



Pagi-pagi bangun awal berkumpul dan naik bas. Kecoh jugak pagi tu sebab ada yang datang lambat. ngeee. Biar lambat asal selamat ye dak? heee. Excited jugak lah nak pergi Kuala Pilah. Program pertama yang kitaorang handle hokayyy. *ulang banyak kali. Excited sangat-sangat.

Bergerak awal pagi and perjalanan ambik masa 1 jam lebih sikit je nak sampai. Before, wanie dengan kawan pun pernah datang melawat tempat so takde masalah lah nak agak berapa jam sampai. Sampai sampai sana je dah ada orang kampung yang datang and tunggu kitaorang. Terasa macam VVIP gituu -.- kononnya lah.

Geng masak+jamuan

Sebelum pergi kena pastikan semua dah sedia tahu apa nak buat and kerja masing-masing. Mesti ! Kalau tak nanti ketua pengarah mengamuk. haha. Ok kidding. Memasing memang dah tahu apa kena buat and tak patut buat. So kerja akan jadi mudah. Yay.

Wanie sebagai pengarah dokumentasi. Pengarah lah sangat kannn. Dokumentasi sangat kannn. muahaha. Kerja wanie nampak macam mudah senang dan seronok. Padahal? Banyak kerja jugak kena buat. Before hari program kena fikir pasal banner/bunting, kena buat tag untuk setiap ajk, kena ambik gambar setiap kali meeting. K nak cakap yang wanie tak pernah ponteng meeting mungkin. :) dan banyak lagi. Sama jugak bila tiba hari program ni, kerja wanie ambik gambar. Lari sana sini sebab orang dok panggil wanie. ngee. Kejap pi tempat masak-masak. Kejap lari pi tempat budak-budak main dan join aktiviti.




Rajin budak-budak ni rupanya. Ringan tulang sangat. Semua bergotong-royong nak siapkan masakan, basuh pinggan cawan, siang ikan keli, basuh ayam. Masa ni jugak lah bakat memasing terserlah, siap boleh pilih untuk jadikan bakal suami/isteri. hahaha. Gatal wanie gatal. Walaupun wanie agak busy ambik gambar and lari sana sini, ada lah jugak wanie tolong kat bahagian masak-masak tu sebab dorang macam tak cukup tangan nak buat semua benda.


Dalam pada buat kerja tolong menolong ni kan, masa ni jugak le wanie belajar dan dapat tahu macam mana orang kelantan dengan pahang potong buah tembikai. heeee. Orang selangor potong buah tembikai tak payah buang kulit kan? Tapi orang kelantan pahang dorang buang kulit dulu baru potong. Mula-mula wanie dengan kawan sorang ni macam pelik lah sebab kitaorang berdua je anak selangor. tssk T-T malu wanie malu sebab baru tahu ada orang potong camtu. Sedih betul.

Orang kuat program. Dr Khadijah, lecturer kitaorang untuk subjek perubahan sosial. Dr seorang yang sangat sporting, baik sangat, and suka share cerita kat class. :D Thank you Dr.

 Sesi beramah mesra dengan penduduk kampung

Kitaorang panggil wan. Sangat mesra dengan semua orang. Kuat pulak bercerita itu ini. Sayang wan lebih.



Seronok sangat aktiviti kat sana. Walaupun ada masalah yang timbul, program tetap berjalan dengan baik. Lagi-lagi program kitaorang ni nak dekat pilihanraya umum, dugaan tu takkan dapat kita elakkan. Overall, memang best. Lepas ni boleh organize program lain pulak. hihi.


Muka gembira dan wanie suka jadi paling over -.-

 



Banyak benda yag kita belajar bila buat sesuatu. Same thing goes to me. Alhamdulillah. Tak kisah betapa susahnya kerja tu, selagi kita bekerjasama dan saling membantu mesti akan jadi mudah. Tak tipu k. heee. Macam-macam aktiviti kitaorang buat dalam masa satu hari. Memasak, bergotong royong, main aktiviti yang ajk program buat. Seronok. Mana lagi nak dapat kalau bukan masa ni kan.

Bila dah buat field work, masa ni jugak kita tahu betapa ruginya tak join mana-mana aktiviti kat u. *lebih kepada kutuk diri sendiri.

Orang kampung kat sana pun sangat baik, sangat ramah dan sangat mementingkan tetamu. eceh. Puji lebih-lebih sebab sebelum balik dapat kuih wajik dari orang kampung sebenarnya. kehkeh. >.<
Pulak tu before balik petang tu, kitaorang dibawa melawat sekitar kampung. Jalan kaki ramai-ramai sambil borak dalam kampung. Kau hado? heheh. Motif sangat nak riak semua wanie hoi. Masalahnya wanie sendiri duduk kampung tapi tak rupa kampung. Acane tu? -.- Mana nak rasa suasana betul-betul kampung kalau bukan kat Kuala Pilah tu. LOL.



Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Tanpa anda semua, tanpa kerjasama yang diberikan, program takkan berjalan seperti yang dirancang. :) Terima kasih sekali lagi.

Till then adiosss.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ▼  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose